Muat Naik Foto Gaya Rambut Zaman Muda, Lihat Respon Netizen.. Macam Bob Marley Tak?

Sebut sahaja Tall, Dark dan Handsome pasti kita akan teringat dengan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin. Bagi anda yang mengikuti perkembangannya di sosial media, KJ sememangnya seorang yang relax, cool dan gemar melakukan aktiviti sukan.

Gaya pemakaiannya juga sentiasa nampak segak dan kemas. Terbaru di Instagram, KJ telah memuat naik foto throwback dengan gaya rambut sangat berlainan jika nak dibandingkan dengan sekarang dan foto tersebut telah mendapat perhatian netizen.

Muka dari dulu hingga sekarang masih sama. Maintain muda!

Beberapa hari lepas Khairy Jamaluddin telah memuat naik foto throwback di Instagram ketika dia di Oxford pada tahun 1996. Ramai yang tak sangka bahawa KJ pernah menggayakan rambut dreadlock ala-ala Bob Marley. Menerusi kapsyen di Instagram, KJ akan memuat naik lagi foto lamanya.

Sementara itu, jom kita lihat respon netizen dibawah. Apa-apa pun muka KJ dari zaman muda hingga kini memang tak berubah. Apa rahsianya?

Sumber: Instagram Khairy Jamaluddin & Ohbulan

Kredit : sembangsaja

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*