[VIDEO] “Ni Kalau Wawa Nampak Mati Ni!” – Aeril Zafrel Video Live Dengan Peminat Wanita Dari Kazakhstan, Respon Wawa Zainal Lawak Habis!

Walaupun bergelar pelakon terkenal, Aeril Zafrel tidak sombong dengan peminatnya, malah suami kepada Wawa Zainal itu dilihat sangat mesra dan merupakan seorang yang kelakar!

Kelmarin difahamkan Aeril telah membuat IG Live bersama salah seorang peminat wanita daripada negara Kazakhstan.

Aeril dalam video berkenaan berkenalan dengan wanita berkenaan dengan berkongsi maklumat mengenai diri sendiri seperti asal negara dan umur masing-masing.

Lucunya, Aeril dalam perbualan berkenaan sempat lagi mengusik bahawa ‘dia akan mati’ jika Wawa tahu mengenai video berkenaan.

Tahu bakal ‘dikerjakan’ Wawa, Aeril dalam kapsyen Instagramnya sempat mengusik isterinya dan men’tag’kan nama Wawa di ruangan berkenaan.

 

Sapa ada tengok IG live ni tadi?? Haha sekali org kazasthan la . Ok cc @w4w4_zainal siap2

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Tidak berdiam diri, Wawa dalam laman Instagramnya memberikan respon kepada suaminya berhubung isu berkenaan.

“ooohhh mamat ni la yg berlive ngn pompuan kazakhtans tu ye???” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.

Difahamkan video berkenaan ditonton lebih 16K pengguna Instagram di laman Instagram Aeril Zafrel.

Sumber Instagram Aeril Zafrel

Kredit: KisahDunia.COM / ceritadunia.org

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*