Tak Tahan Gangguan S3ksu4l, Yuna Minta Bantuan Instagram

Yuna minta Instagram sekat gangguan seksual.

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna meminta bantuan Instagram selepas menerima gangguan seksual di laman sosial berkenaan sejak setengah tahun lalu.

Selebriti yang kini berpusat di Amerika Syarikat itu berkata, dia sudah mengikuti langkah-langkah bagi mengekang perkara itu, namun tidak berhasil.

“Instagram tolong bantu saya dalam mengakhiri gangguan seksual dalam talian ini! Ada emel yang boleh saya hantar foto atau paparan skrin mengenai gangguan ini?

“Saya telah melakukan semua langkah keselamatan yang ditawarkan tetapi dia masih kembali,” ujarnya di Twitter.

Yuna memuat naik status Twitter pada Sabtu.

Selain itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, mendakwa komen-komen seksual menjijikkan yang diterimanya di laman itu dihantar oleh individu yang sama.

Katanya, individu tersebut akan membuka akaun palsu yang baharu, walaupun selepas disekat lebih 10 kali.

“Individu yang sama mengganggu akaun saya meninggalkan komen seksual dan menjijikkan. Saya sudah melaporkan akaun tersebut namun dia terus kembali dengan akaun yang baru.

“Tolong bantu, saya sudah menyekat dia 10 kali,” ujarnya.

 

Sumber: mstar

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*