‘Saya Sanggup Asal Rindu Anak Terubat’ – Hanis Zalikha

PELAKON dan pengacara Hanis Zalikha mengakui anak mereka, Yusuf Iskandar sangat merindui bapanya, pelakon Hairul Azreen yang terbabit dengan penggambaran filem Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Sabah sejak sebulan lalu.

Malah, kata pemilik nama sebenar, Hanis Zalikha Zainal Rashid, Yusuf juga memanggil semua orang yang dia jumpa dengan panggilan ‘daddy’.

 

👪 @theyusufiskandar @hairulazreen .

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

“Hubungan Yusuf dan bapanya memang sangat rapat. Maklumlah, Yusuf sudah tiga minggu tidak bertemu bapanya itu.

“Walaupun kami menggunakan aplikasi ‘face time’ setiap hari ternyata ia tidak cukup untuk menghilangkan rindu Yusuf pada bapanya.

“Justeru, saya terpaksa membawa Yusuf untuk bertemu dengan Hairul di lokasi penggambaran Paskal di Kota Kinabalu,” katanya.

Hanis berkata ketika ditemui pada majlis pelancaran busana berjenama di Damansara Perdana, kelmarin.

Menurut Hanis, dia terpaksa berjauhan dengan Hairul dan membesarkan Yusof sendirian sepanjang suaminya berada di dua lokasi penggambaran.

“Sebelum ini, Hairul terbabit dengan penggambaran di Lumut dan selepas itu ke Sabah selama sebulan.

“Selepas Sabah, Hairul akan terbabit dengan penggambaran selama dua minggu di Maghribi dan Istanbul, Turki selepas ini,” katanya.

 

 

Thank You mommy susah2 jauh bawa anak untuk daddy

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Kata Hanis lagi, dia juga sanggup berkorban dan berehat seketika daripada karier seni untuk memberi laluan pada suami fokus pada bidang lakonan tahun ini.

“Memang filem tema ketenteraan dan watak anggota elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi impian Hairul sejak dulu.

“Saya harap suami akan berjaya dalam mengejar impian dalam lakonan dan pengorbanan saya sebagai isteri berbaloi,” katanya.- SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : DiariDunia

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*