“Saya Menangis Kerana Terlalu Rindukan Anaqi” – Amyra Rosli

Selepas setahun berehat untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan suami, pelakon Amyra Rosli kini kembali aktif mewarnai arena seni.

Menurut Amyra, memandangkan puteranya, Aqeef Anaqi sudah mencecah usia lima bulan dia tidak lagi risau untuk keluar bekerja.

“Saya sudah boleh bekerja kerana ibu ada tengokkan Anaqi. Dia masih menyusu badan tetapi saya juga berikan dia susu formula.

“Saya nak biasakan dia dengan neneknya dan syukur, Anaqi tidak banyak ragam.

“Setakat ini, saya pernah berjauhan dengan Anaqi selama empat hari ketika menjalani penggambaran di Bangkok kurang sebulan lalu,” katanya.

Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, kali pertama berjauhan dengan anaknya adalah pengalaman yang sangat mencabar.

“Saya menangis kerana terlalu rindukan Anaqi. Dalam tempoh empat hari itu, pantang ada WiFi, saya akan buat panggilan video dengan suami untuk melihat Anaqi,” katanya.

Sambung Amyra, pada usia lima bulan Anaqi semakin aktif dan mula belajar untuk berdiri.

“Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, anak saya sudah berusia lima bulan dan sudah mula belajar berdiri. Ada juga beberapa detik penting yang saya terlepas,” katanya.

Sehingga kini, laman Instagram yang dibuka khas untuk Anaqi sudah ada lebih 200,000 pengikut dan Amyra menganggap itu rezeki anaknya.

“Sejak ada anak, rezeki kami sekeluarga semakin murah. Kami kongsi sama-sama rezeki anak dan di Instagramnya sudah ada ramai pengikut,” katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, ada juga beberapa produk menawarkan mereka sekeluarga tampil sebagai jurucakap.

“Saya, suami dan anak sudah jadi pakej. Kalau ada tawaran bersesuaian, kami akan terima. Namun, pasti ada beberapa syarat memandangkan anak kami masih kecil.

“Sekiranya anak perlu turun padang untuk mempromosikan produk, dia tak perlu terbabit dalam sesi ramah mesra yang terlalu ramai orang,” katanya.

Tegas Amyra, dia dan suami tidak mampu menghalang jika ada peminat ‘geram’ melihat anak mereka dan ingin bergambar bersama.

“Anak kami masih kecil. Saya tak boleh halang jika ada yang ingin mendekati dan memegang Anaqi.

“Takkan saya nak cakap, jangan sentuh anak saya pula. Tentu akan ada yang terasa hati. Jadi, lebih mudah sekiranya saya tetapkan syarat sedemikian,” katanya.

Amyra menambah, kalau pun Anaqi perlu menjayakan sesi fotografi, biarlah tidak membebankan anak kecil itu.

Amyra, Amar dan Anaqi sebelum ini pernah muncul dalam program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar.

Ditanya sama ada dia akan terima jika ditawarkan program sebegitu lagi, Amyra tidak menolak.

“Sebelum ini, saya dan Amar bersetuju terbabit dalam program realiti kerana kami selesa dengan cara kerja produksi yang mengikut kami sekeluarga melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu dikawal.

“Semuanya berlangsung dengan lancar dan semula jadi kerana mereka pun tak mengganggu aktiviti yang kami lakukan sepanjang penggambaran berlangsung.

“Jadi, kalau ada produksi boleh buat begitu, mungkin saya dan suami akan pertimbangkan,” katanya. – SL

VIDEO :

 

Penghibur hati mommy @aqeefanaqi . #AqeefAnaqi #Amyramar #AAA

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HarianMetro

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*