‘Saya Akan Kongsi Pada Masa Paling Sesuai’ – Fazura Respon Dakwaan Berbadan Dua

Tidak dinafikan ramai peminat yang tidak sabar menunggu saat bahagia pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin menerima cahaya mata. Sehingga tular di media sosial foto Fazura kelihatan seolah-olah  ada ‘baby bump’.

Jika benar Fazura bakal menimang cahaya mata, sudah tentu dia tidak sabar untuk berkongsi berita ini dengan peminat tersayang. Tapi sekali imbas memang nampak macam ada ‘baby bump’, apa pula respon pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia ini. Ternyata dia…

Fazura sedang hamil?

Menurut BH Online, Fazura menepis dakwaan dia berbadan dua apabila dimuat naik foto yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen. Ini adalah disebabkan potongan dan material pakaian yang digayakan sehingga menyebabkan bahagian perut kelihatan menonjol.

Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.

Peminat mendoakan

Video ini dimuat naik pada laman Instagram peminatnya yang menyaksikan lebih jelas pada bahagian perutnya.

Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors. Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai.

Apapun gambar dimuat naik oleh aktres ini mendapat komen positif dan rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan pasangan pelakon ini. Dia juga tidak akan berahsia dan sedia berkongsi berita baik ini kepada semua peminat mereka.

Sumber: BH Online

Kredit; Ohbulan

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*