Rezeki Selepas Bergelar Janda, Intan Liana Dilamar Lagi!

KUALA LUMPUR 15 April – Nampak gayanya semakin mencurah-curah rezeki Intan Liana Saleh, 33, semenjak diceraikan oleh bekas suaminya, pemuzik Ude Wahid.

Terkini menerusi entri di laman Instragram miliknya, Intan mengumumkan dia telah dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

 

Ya Allah, apakah dugaan lagi ni abang kawasan oi. Kekakak ramai yang dah tak kuad semangad ni. Ya rabbi, bonda intan manisnya, semanis manis bagai madu tertumpah dekat screen tengok bonda intan macam esok dah hari ghayeee kekakakkkkk – Nampak tak? . Ramai kekakak tanya abunk, eh abang kawasan takde ke kurung simple tapi classy, simple tapi nampak exclusive. Jadi nilah dia . Tak tau nak bagi nama apa . Serious cutting dia tip top . Koleksi ni nama dia “koleksi wajib ada dalam gerobok” faham kan kalau abunk dah cakap gitu . Kekakak semua . Konsep baju ni . Dapat duit raya boleh selitkan dekat celah sirip tu, hahahahah . Atau sejenis kekakak yang beraya rumah kengkawan lepas tu kuih sedap sangat boleh simpan sikit dalam celahan sirip chans tuuu. Hahahah . Eh . Eh . Eh . Mesti ramai suka simple kan? . Wahai bonda intan, manisnya alahai, dia macam termenung jauh tunggu kekakak grab baju simple letups . . Eh! 3000 likes ke tidak ni? Ke nak bagi ❤️❤️ bebanyak?? Cepat! Jangan mengelat! . P/s: bayangkan baju ni kaler royale blue? MashaAllah, boleh hempas badan kalau gini! 😭 . Inner paling selesa: @mumuscarves

A post shared by ASHH&ANNAS® CLASSY RAYA 2018 (@ashhannas) on

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga.

“Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” tulis Intan menerusi status yang dimuat naik di media sosialnya itu.

 

Bonda intan ni makin lama makin berseri seri, makin lama dia pakai baju abang kawasan aura dia tu lain macam. Dia macam glowing aje, happy sangat abang kawasan! Lepas tu janji bagi abang kawasan kekakak bagi bebanyak likes untuk bonda manis, semanis kurma ni. Hiks — Bonda intan ada bagitau abang kawasan dia tak sesuai senyum nampak gigi tapi abang kawasan tengok ghase nak nangis tepi bucu katil sebab lawa je dia senyum macam tu. manis adalah — Abang kawasan berdebar . Harap harap design letups ni cukup . Untuk semua . Yelah, kegunaan baju ni sangatlah banyak antaranya ribbon tu boleh di jadikan selendang, lepas buat selendang boleh jugak buat selempang dan paling penting boleh juga boleh buat senjata untuk hempas sesiapa sahaja yang nak membawang masa balik raya nanti. Hahahah . Kalau anak degil juga kegunaan selendang tu adalah untuk tambat anak tu supaya tak lari sana sini. Hahahah, abunk gurau aje . Jadi kekakak, Onz ke tak Onz? Kalau kekakak nak design ni komen “dm” dekat bawah . . Ingat Raya Letups, Ingat Ashh&Annas #AshhAnnasClassyRaya2018

A post shared by ASHH&ANNAS® CLASSY RAYA 2018 (@ashhannas) on

Sebelum ini, wanita yang semakin dikenali dengan sapaan Bonda Intan itu pada awal Mac lalu telah dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha.

Sementara itu pda satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Ashh & Annas, pemilihan Intan untuk memperaga koleksi baharunya adalah disebabkan penampilan wanita itu yang manis dan lemah lembut.

 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki serta diberikan limpahan rahmat dan juga kasih sayang — Kepada bonda intan, tahniah sekali lagi kerana menjadi The New Face of Ashh&Annas 2018. Semoga bonda kekal menjadi insan yang baik serta cantik luar dan dalam. InshaAllah, rezeki Allah tidak pernah tersalah alamat . Kita doa yang baik baik sahaja ya dear semua. Abang kawasan ghase nak nangis tepi bucu katil — DOUBLE TAP bebanyak dan show some love please! Kekakak ku sayang, tahun ni abang kawasan menjanjikan 8 designs simple tapi sangat letups dengan total warna sebanyak 34 warna. Kekakak kuadkan semangad je ok . Sekali lagi tahniah si manis bonda intan, jelitamu mempersona. Ewah! . P/s: design ni paling selesa di dunia konsep kejar anak keliling mall pun masih nampak cantik. Hiks #AshhAnnasClassyRaya2018

A post shared by ASHH&ANNAS® CLASSY RAYA 2018 (@ashhannas) on

“Kami sedang giat mempromosikan koleksi baju raya dinamakan Classy Raya 2018 dan boleh lihat contoh baju di laman Intagram @ashhannas,” memetik kenyataan tersebut.

Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.

November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup. – AL

VIDEO :

 

TAHNIAH BONDA INTAN – Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim kepada semua kekakak serta followers Ashh&Annas — Dengan ini abang kawasan nak umumkan secara rasmi WAJAH ASHH&ANNAS 2018 adalah si manis, lemah lembut INTAN LIANA dan abang kawasan berharap semua dapat menyokong bonda intan agar terus kuat menghadapi segala cabaran dan juga dugaan. Alhamdulillah, syukur . InshaAllah, Raya tahun ini pasti ceria lagi lagi dengan koleksi koleksi letups abang kawasan — Rezeki harus di kongsi bersama agar segalanya dipermudahkan dan diberikan keberkatan yang berpanjangan . Kekakak semua yang abang kawasan sayang . Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah dengan ucapan “tahniah bonda intan” dan jangan lupa tag instagram beliau ok? Yang rajin komen pap pap pap abunk akan hadiahkan sehelai baju raya. Yays . TAHNIAH SEKALI LAGI BONDA INTAN . Now you are official The New Face of Ashh&Annas 2018 #AshhAnnas2018 ✨ follow @AshhAnnas @AshhAnnas @AshhAnnas ❤️❤️❤️❤️

A post shared by ASHH&ANNAS® CLASSY RAYA 2018 (@ashhannas) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : UtusanOnline

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*