Farah Nabilah Akur Syarat Ayah

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pelakon cantik Farah Nabilah mengakui pada usianya kini kini dia sudah merasai tekanan perkahwinan.

FARAH NABILAH perlu patuhi syarat ayah untuk mencari suami.

Bagaimanapun jelas Farah atau nama Farah Nabilah Saipuddin, 26, dia percaya dengan takdir Allah.

“Memang ada tekanan kalau tengok kawan-kawan terdekat kini sudah mendirikan rumah tangga. Sebabnya sebagai wanita kita juga mahu sebuah keluarga.

“Setakat ini memang saya tidak mempunyai teman istimewa. Sebab itu saya tidak kisah jika keluarga yang memperkenalkan seseorang. Tentunya saya yakin dengan pilihan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada dia boleh menerima jika bakal suaminya kelak turut bergelar seorang anak seni, namun Farah terpaksa akur dengan permintaan ayahnya untuk tidak memilih ‘rakan sekerja’.

“Ayah saya sudah beri syarat untuk tidak memilih orang industri. Jadi saya kena akur.

“Sebenarnya sehingga ke saat ini saya masih tinggal bersama keluarga. Ibu saya sudah memberitahu hanya akan melepaskan saya selepas saya bergelar isteri orang,” katanya.

Beritahu Farah, antara ciri- ciri lelaki pilihannya ialah seorang yang kacak dan rajin bekerja.

“Saya mahu anak yang comel, jadi mesti seorang yang kacak dan rajin bekerja. Selain itu juga seorang yang beriman dan memahami saya,” kongsi pelakon ini. – SL

VIDEO :

 

Halalkan Hati Yang ku Curi #akasiaramadhan2018

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : UtusanOnline

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*